top of page
Search
  • syazwanibakri2000

Jenis-jenis Murid Berkeperperluan Khas

A. Kanak-kanak Kurang Upaya Mental



  1. Definisi

Kurang upaya mental membawa maksud seseorang yang menghidapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalankan rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh pakar Psikiatrik. Akibat daripada penyakit yang dialami , mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi dengan normal sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatrik.


2. Contoh Kurang Upaya Mental

  • Skizofrenia

  • Mood Disorder

  • Organik Mental Disorder


3. Tanda-tanda Awal Kanak-kanak Kurang Upaya Mental


Tanda-tanda awal boleh muncul ketika bayi atau dapat dilihat semasa kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolahan. Tingkah laku yang boleh dilihat ialah kegagalan untuk berkembang secara intelektual atau tingkah laku yang berterusan seperti bayi, kurang rasa ingin tahu, kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru, perkembangan kemahiran motor yang kurang iaitu penggunaan bahasa dan bantu diri yang tidak cekap berbanding dengan rakan yang sebaya dengannya serta kesukaran untuk memahami dan mengikut peraturan-peraturan sosial. Kesedaran awal akan memastikan langkah pencegahan yang lebih baik dapat diambil untuk kanak-kanak tersebut.


4. Punca Masalah Mental di Kalangan Murid

  • Kesempitan hidup

  • Kemurungan

  • Gangguan emosi

  • Keresahan

  • trauma

  • gangguan pemakanan seperti bulimia

  • gangguan perkembangan seperti hiperaktif

  • gangguan tingkah laku

  • tekanan teruk terhadap masalah keluarga



B. Kanak-kanak Masalah Pembelajaran




  1. Definisi

Masalah Pembelajaran merupakan seseorang yang menghadapi masalah kecergasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang mengalami kecacatan dalam yang menganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.


2. Contoh Murid Masalah Pembelajaran

  • Lembap

  • down syndrome

  • kurang upaya intelektual

  • autisme

  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

  • masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dysgraphia)

  • lewat perkembangan global (global development delay).


3. Ciri-ciri Murid Yang Mengalami Masalah Pelajaran


Antara ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran ialah dari aspek ciri fizikal. Kanak-kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badannya, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa. Selain itu, aspek ciri intelek, Kanak-kanak ini mempunyai tahap daya ingatan yang rendah dan penguasaan kebolehan yang terhad dalam bidang generalisasi bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif adalah rendah. Seterusnya, dari aspek ciri-ciri tingkah laku., kanak-kanak ini mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Kanak-kanak ini juga mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka. Sikap dan nilai kanak-kanak ini juga tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa. Namun minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.



C. Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Menguruskan Murid Pelbagai Upaya


Peranan Pihak Guru


Peranan guru bukan setakat mengajar malahan mereka juga berperanan sebagai mursyid, muslim, muadib, mudarris dan murabbi (Ab. Halim Tamuri, 2015).Tugas sebagai seorang guru pendidikan khas lebih mencabar kerana guru pendidikan khas bukan setakat mengajar dalam bilik darjah bahkan mereka juga sebagai kaunselor, pengasuh, dan pemudahcara. Menurut Hajaratul Bahti (2016) guru pendidikan khas perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi, penyayang, jujur serta bertanggungjawab. Sifat ini perlu dalam menghadapi kerenah murid khas yang sukar dijangka. Bagi menghadapi situasi ini guru perlu mengawal perasaan serta pandai menghargai kebolehan murid biarpun pencapaian mereka sangat minima. Selain itu, guru pendidikan khas juga perlu menguasai kemahiran bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan murid yang mempunyai masalah pendengaran. Peranan guru bukan setakat memindahkan ilmu tetapi membimbing dan membangunkan jiwa murid menjadi manusia yang baik. Penampilan guru pula perlulah sentiasa kemas, bersih dan menarik supaya dapat menjadi role model dan boleh menarik minat murid-murid untuk focus dalam pembelajaran.


D. Cabaran Guru Menghadapi Murid Pelbagai Upaya


Cabaran dari Pihak Atasan


Tekanan daripada pihak atasan seperti pentadbir sekolah dan Kementerian Pendidikan juga merupakan cabaran guru-guru Pendidikan Khas. Ada segelintir pentadbir tidak faham dan arif mengenai murid-murid berkeperluan khas. Mereka terlalu mementingkan pencapaian akademik dan memaksa guru menghabiskan sukatan pelajaran sedangkan murid-murid masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Guru terpaksa mengajar mengikut sukatan meskipun ada sebahagian besar belum tahu menulis nama sendiri. Menurut Zuhairah dan Zamri (2010) ada segelintir pentadbir sekolah yang mengarahkan guru pendidikan khas terlibat dengan aktiviti murid tipikal seperti membawa keluar murid tipikal yang mewakili sekolah. Tugas tersebut adalah diluar bidang kuasa guru pendidikan khas dan mereka tidak dapat memberi tumpuan yang khusus serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas ini. Jadi pihak atasan perlu lebih menitik beratkan kepentingan bagi murid-murid berkeperluan khas dengan memberi mereka perhatian yang lebih banyak kepada mereka dalam pencapaian akademik supaya dapat mencapai tahap pendidikan yang optimum iaitu sesuai dengan kebolehan dan kemampuan mereka dalam akademik dan kemahiran.













11 views0 comments

Comments


bottom of page